Monday, 9 May 2016

Kuasa dan Kekuasaan


Saya tertarik apabila membaca blog Che Det (Tun Mahathir) yang berbicara tentang pengasingan kuasa yang lazimnya diamalkan oleh negara yang mengamalkan sistem demokrasi termasuk Malaysia, kita mengetahui tentang pembahagian ketiga-tiga doktrin tersebut yang mewakili 3 badan berasingan yang terdiri dari Badan Eksekutif, Badan Legislatif (Perundangan) dan Badan Kehakiman.

Tujuan pelaksanaan sistem ini adalah bertujuan bagi mengurangkan penyalahgunaan kuasa dikalangan ahli kabinet yang menduduki kerusi tertinggi dalam Badan Eksekutif, (Perdana Menteri dan Jemaah Menteri) selain itu ia juga membolehkan sesuatu badan itu bertindak tanpa dipengaruhi kuasa dari badan yang lain, dimana kesemuanya adalah berkecuali diantara satu sama lain, dalam melicinkan pentadbiran sesebuah negara.

Terdapat beberapa percanggahan mengenai Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia yang telah diubah sedikit dari teori asalnya. Malaysia sebenarnya mengamalkan doktrin ini secara relatif diantara ketiga-tiga badan yang berbeza dimana YDP Agong yang mempunyai kuasa tertinggi keatas ketiganya namun berpaksikan kepada Perdana Menteri serta jemaah kabinetnya yang melaksanakan fungsi eksekutif sebagai ahli kaukus penggubal undang-undang.

Menurut apa yang telah dilampirkan oleh beberapa tokoh ahli sains politik yang terdahulu, kerajaan yang sah itu akan terwujud melalui sistem demokrasi seperti pilihanraya, dimana kerajaan itu sendiri ditubuhkan berdasarkan mandat yang telah diberi oleh rakyat.  Maka secara automatiknya kumpulan pemerintah ini telah diberikan tugas untuk mengemudi pengurusan dan pentadbiran didalam sesebuah negara bagi memastikan negaranya teratur dan berada dalam keadaan baik

Ketidakstabilan politik serta ekonomi dunia pada hari ini sebenarnya telah merencatkan perjalanan beberapa negara di dalam memastikan kelancaran dalam pentadbiran negaranya kekal utuh, sebagai contoh krisis ekonomi Negara Greece yang menyaksikan bagaimana kerajaan negara tersebut telah bertindak mengedarkan satu bentuk referendum yang membawa kepada pemansuhan skim pencen, pemansuhan perbelanjaan sektor awam dan pemansuhan kawalan pasaran buruh sebagai syarat pemulihan ekonominya yang teruk merudum, namun dalam masa yang sama jalan penyelesaian yang telah dipilih oleh Greece dengan meminjam melalui IMF sendiri telah merencatkan kuasa pengurusan ke atas ekonomi dan negaranya sendiri. Faktor ini berlaku apabila tangan ‘tangan ghaib’ melalui IMF itu sendiri telah dengan secara sendirinya menjerut leher pemimpin Greece tanpa disedari melalui pinjaman besar yang telah diberi.

Hal yang dikaitkan diatas ini sebenarnya adalah satu petunjuk mudah diantara mereka yang benar-benar tahu menggunakan kuasa yang diberikan dalam apa jua bentuk pentadbiran namun ‘dilacurkan’ dan menyebabkan rakyat yang menanggung  kesan diatas segala tindak tanduk badan eksekutif itu sendiri. Kemelut yang dihadapi seterusnya ialah melibatkan pengambilan keputusan yang tidak wajar dalam menganggu tindak tanduk badan yang berasingan, yang lain. Sebagai contoh, di Indonesia, terdapat beberapa perkara yang menyatakan sekiranya seseorang presiden itu melakukan kesalahan seperti pelanggaran ke atas perlembagaan, pengkhianatan ke atas negara dan terlibat dengan masalah jenayah, maka terdapatnya akta di dalam sistem Presiden yang membenarkan , untuk seorang presiden itu digugurkan serta-merta. Disini kita boleh melihat betapa kuatnya kuasa yang ada pada rakyat dalam negara demokrasi bagi menentukan jatuh bangun sesebuah parti pemerintah, atau pemimpin itu sendiri, namun mestilah berpaksikan kepada undang-undang dan bukan secara ‘barbaric’.  (Arab Spring)

Kisah mengenai bagaimana Presiden Soekarno dijatuhkan kerana peristiwa G-30 yang melibatkan pertumpahan darah, hanya bermula dengan gerakkan 200 mahasiswa yang berarak meminta Presiden untuk berundur bagi memastikan dirinya di adili secara saksama. Pada dasarnya , Soekarno enggan menurut, namun desakan yang diterima serta pembuktian pelanggaran perlembagaan Indonesia dan tekanan yang diberikan oleh barisan kabinet yang tidak mahu bersekongkol, telah mengubah sejarah Indonesia sekaligus beliau digantikan dengan Pak Harto (Jeneral Soeharto) melalui pilihanraya yang dibuat lebih awal dari tarikh sewajarnya.

Maka apa yang boleh kita rangkumkan di sini, sebenarnya disebalik cermin perlembagaan itu adalah merupakan kuasa rakyat yang kadangkala sering dinafikan untuk kepentingan sesetengah individu lain. Walaupun Seokarno sendiri telah mencipta satu bentuk demokrasi yang digelar sebagai ‘Demokrasi Terpimpin’, idea itu tidak langsung memberi kesan terhadap kemarahan Indonesia. Sebenarnya dalam isu ini satu bentuk resolusi sewajarnya mampu untuk membawa suara rakyat dalam menyuarakan pendapat, dengan mengikut hukum, ‘to do or not to do’.

 Tidak sekalipun digalakkan untuk melakukan kekerasan dalam mencari sebuah penyelesaian, satu tunjang kuasa itu sebenarnya mampu dipimpin oleh sesiapa sahaja dikalangan rakyat. Perubahan sejarah dunia terutama di zaman gelap Eropah yang mana hampir kesemuanya adalah dibawa oleh rakyat biasa yang cuma mewakili kumpulan-kumpulan tertentu. Benar, kadangkala bukan semua perubahan itu adalah tepat, tapi adakalanya perubahan itu merupakan satu permulaan.

Azfarinaz Amran

*Cuma sekadar berkongsi pendapat mengenai politik semasa dan sebelumnya. Pendapat peribadi penulis semata-mata, terpulang bagaimana anda menilainya*

Thursday, 22 May 2014

Penjelasan Panda - Nilai persahabatan Malaysia-China

Signifikan hubungan diplomatik Malaysia - China

Ramai yang mempertikaikan apakah signifikan Malaysia menerima dua ekor panda gergasi (Fu Wa & Feng Yi) dan perlu menanggung kos yang tinggi.  Umum sedia maklum bahawa ianya adalah sebahagian daripada meraikan Program Perjanjian Kerjasama Konsensus Panda Gergasi antara Malaysia - China pada tahun 2012 dan usaha menyokong langkah konservasi haiwan sedunia, ianya juga melambangkan keakraban dan penghargaan dua negara menjalinkan hubungan diplomatik selama 40 tahun dan kerjasama erat dalam pelbagai perkara.

Hubungan Malaysia - China bermula apabila China mengutus rombongan pertama ke Malaysia pada bulan Ogos 1971 dan telah mengubah pendirian lamanya dan mengiktiraf kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat. Dalam perhimpunan agung PBB Oktober 1971, Malaysia menyokong pemulihan kerusi Republik Rakyat China di PBB. Pada 28 Mei - 2 Jun 1974 adalah tarikh signifikan Malaysia - China apabila, Zhou Enlai (Perdana Menteri China) dan Tun Abdul Razak (Perdana Malaysia) menandatangani Pengumuman Bersama Penjalinan Hubungan Diplomatik China-Malaysia pada 31 Mei 1974. Sejak 1985 terdapat 10 perjanjian persefahaman (MOU) dalam bidang ekonomi, pendidikan, teknologi sains dan sukan. Malaysia adalah antara 10 pelabur terbesar di China manakala China kini rakan perdagangan terbesar Malaysia dan pasaran eksport terbesar mencatatkan perkongsian eksport sebanyak 14.3% berbanding Amerika iaitu 8% dan Eropah 9% .  Perdagangan dua hala antara Malaysia dan China mencecah RM 121 Billion pada 2014 (di antaranya nilai eksport Malaysia ke China lebih besar daripada nilai eksport China ke Malaysia).

Oleh demikian, dua panda gergasi adalah simbolik dan nilai persahabatan yang tidak ternilai diantara dua negara. Panda tersebut hanyalah dipinjamkan selama 10 tahun, sekiranya berlaku apa-apa perkara yang buruk atau menyebabkan kematian sudah tentu ianya juga memberi gambaran yang tidak baik kepada Negara. Maka kos yang ditanggung adalah usaha untuk menunjukkan keseriusan Negara dalam menghargai perhubungan yang dijalinkan. Kalau dulu, China menghantar Puteri Hang Li Po sebagai tanda diplomatik tetapi tidak dipinjamkan, malah berkahwin dengan Sultan Mansur Syah.Namun itu dahulu, kini zaman moden, mungkin kaedah simbol diplomatik juga berbeza.

Semoga perkongsian ini membuka pemahaman dan peneriman rakan-rakan yang lain.

-Hafiz Ariffin

Monday, 12 May 2014

Penjelasan Naib K.P Pemuda Kemaman mgenai isu Dun Terengganu.

Assalamualaikum w.b.t

Krisis politik Terengganu yang terbaru dilihat bakal memusnahkan terus kepimpinan Kerajaan pimpinan UMNO di Terengganu. Sebagai 'orang dalam' yang memiliki pelbagai maklumat, saya memilih untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak walaupun berhak berbuat demikian.


Saya melihat kepada jalan penyelesaian yang masih terbuka dan boleh mengekal Kerajaan Pimpinan UMNO yang sedia ada tanpa perlu diadakan Pilihanraya Negeri / Kecil. Sebenarnya Menteri Besar yang baru (UMNO) yang dilantik semalam akan kekal menjadi Menteri Besar sehingga adanya usul undi tidak percaya di Sidang DUN atau ada mana-mana ADUN yang boleh menyatakan beliau mendapat 17 sokongan kepada DYMM Sultan Terengganu.

Dalam tempoh itu, kepimpinan UMNO pusat masih mempunyai ruang untuk mencari jalan penyelesaian. Keadaan ini juga kerana ketiga-tiga ADUN UMNO yang mengistiharkan menjadi ADUN Bebas tidak menyatakan sokongan kepada PAS dan jika kena caranya ketiga-tiga mereka juga boleh mengistiharkan mereka 'ADUN Bebas yang menyokong UMNO' sekaligus masih boleh menyelamatkan kepimpinan kerajaan UMNO di Terengganu.

Seperkara lagi, dari segi dokumentasi atau prosedurnya, surat asal peletakan jawatan politik dari ketiga-tiga ADUN UMNO masih belum diterima Setiausaha / Presiden parti dan tiada apa-apa penerimaan atau persetujuan parti atas peletakan jawatan tersebut. Maka, ini membuka ruang untuk segala perbincangan dan mencari jalan penyelesaian serta menuntut kebijaksanaan Presiden parti menyelesaikannya.

Dengan pelbagai ruang yang masih ada, saya memohon kepada semua ahli UMNO di Terengganu dan di Kemaman untuk bertenang dan berdoa kehadrat Ilahi supaya Kerajaan pimpinan UMNO terus menerajui negeri kesayangan kita ini. Saya sangat yakin, jika ditangani dengan penuh berhemah perkara ini dapat diselesaikan sebelum terjadinya "kemusnahan dasyat" kepada kita semua.

Oleh yang demikan, sama-samalah kita berdoa supaya semua ujian Allah ini memberi kita satu jalan keluar yang membuatkan parti kesayangan kita ini menjadi lebih kuat dan terus mampu membela rakyat Malaysia. In Shaa Allah..

Kami sangat sayangkan UMNO !!!

(MOHD FAUZI MAT ADAM)
Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman /
AJK UMNO Bahagian Kemaman.

Pandangan tepat Veteran UMNO yg perlu diselami.

Veteran UMNO, Tan Sri Aziz Tapa, 87, berkata pemimpin dan ahli di akar umbi harus sepakat melaksanakan transformasi yang bersifat menyeluruh ke arah memastikan parti kekal relevan.

“Kudrat dan bakat pemimpin muda yang semakin menonjol dalam UMNO perlu digilap dengan mengetengahkan golongan itu untuk mewakili kerangka utama parti.

“UMNO perlu tegas dengan pendirian dan berani berubah jika ditegur ahli atau rakyat.

“Kepemimpinan tertinggi parti dan ahli juga perlu mewujudkan elemen untuk melestarikan UMNO supaya seiring dengan peredaran masa,”

Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Zaleha Ismail, 78, berkata:

“Manusia lazimnya kurang cergas dan banyak berehat apabila usia mencecah 68 tahun, namun bukan UMNO.

“Seluruh jentera parti perlu terus bekerjasama menyuburkan perjuangan parti.

“Selagi nadi berdenyut, jangan kita lupa bahawa ketuanan Melayu, kesucian Islam dan kedaulatan negara adalah tiang seri UMNO yang perlu dipertahankan walaupun hebat dikecam musuh,”

Selamat Ulang Tahun ke 68 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu!

Friday, 21 February 2014

Kepimpinan bukanlah Hierarki yang Diwarisi, Tetapi Tanggungjawab.

Apabila berkata tentang soal kepimpinan, kita secara terus memikirkan perkaitan sesuatu kepimpinan kearah politik, bukan sekadar politik negara, politik  di pejabat tapi termasuklah di rumah juga kita perlu berpolitik demi memenuhi tuntutan dan kehendak ahli keluarga atau mengamalkan satu bentuk diplomasi apabila anak merengek meminta gula-gula dan dalam masa yang sama dia sedang menghadapi masalah gigi yang serius.




"Kepimpinan merupakan satu subjek yang menarik kepada
semua golongan masyarakat. Kepimpinan memberi gambaran
individu yang berkuasa dan dinamik, yang memerintah tentera
atau mengarah empayar korporat. Sejarah manusia penuh dengan
pemimpin tentera, politik, agama dan sosial. Perjuangan pemimpin
yang berani dan bijaksana menjadi intipati legenda dan mitos" - (Mohd Farid: Gaya Kepimpinan.)

Isu Kepimpinan yang ingin saya sentuh pada kali ini sudah tentulah merujuk kepada sebuah organisasi besar dalam sebuah negara yang merupakan pemangkin kepada jatuh bangun negara tersebut. Kebelakangan ini pelbagai soalan diajukan rakan-rakan yang ingin meminta pandangan saya mengenai Kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional selepas PRU 13. Pada saya untuk membuat ulasan ini bukanlah sesuatu yang mudah apabila didalam UMNO sendiri kita terpisah dengan pelbagai golongan. Ada 3 Kategori utama yang boleh saya klasifikasikan disini, Golongan Mewah, Golongan Berkepentingan dan Golongan Maaruf (White).

Kita ketepikan dahulu cerita mengenai Golongan Mewah dan Berkepentingan, kerana kita sendiri sedia maklum bahawa mereka ini siapa dan bersifat yang bagaimana. Kita fokus pada gerakkan Putih atau maaruf yang saya maksudkan. Kebanyakkan mereka ini terdiri dari golongan yang berpegang teguh pada Prinsip Perjuangan sebenar namun bilanganya dilihat semakin menipis apabila golongan berkepentingan memanipulasi keseluruhan hierarki. Hari ini golongan 'Putih' lebih banyak bertumpu kepada kerja-kerja masyarakat dan berdakwah (ahli Ulama UMNO) , malah sebilanganya terpaksa melupakan untuk berada dalam hierarki yang lebih tinggi, apabila merasa diri tertindas akibat Birokrasi dua golongan utama seperti yang saya katakan diatas.

Namun saya salutkan kekaguman saya kepada golongan ini, pergerakkan yang terbatas digunakan mereka sebaiknya untuk meraih perhatian golongan Pembesar yang dilihat semakin hari semakin terlajak dari asas kepintaran dalam membuat sesuatu keputusan-keputusan penting untuk kerajaan malah lebih teruk, rakyat yang berkelulusan tinggi kini mentertawa , memperleceh malah lebih teruk menghina secara terang-terang didalam laman-laman sosial terhadap Pembesar-Pembesar yang membuat keputusan diluar kewarasan. Pergerakan golongan 'Putih' ini sedaya upaya cuba membentuk satu kumpulan yang bersandarkan pada bakat kepimpinan sedia ada, kepintaran semulajadi dan yang paling penting mampu membuat perbezaan diantara pro dan kontra. Golongan ini bebas bersuara didalam laman sosial, membentuk kumpulan tersendiri, mendidik dan memberi kefahaman kepada golongan muda yang menagih perhatian serta pemahaman mengenai isu-isu serta kejadian-kejadian ngeri dalam politik dengan cara mereka sendiri.

Seperti yang kita sedia maklum , proses peralihan sedang berlaku pada zaman ini dimana dalam tempoh 5 tahun, bermula 2012 sehingga 2016 hampir 50 peratus Kakitangan Awam & Swasta menjalani proses perubahan. Golongan yang lahir sekitar tahun 50an sedang diganti dengan golongan yang lahir pada 80an didalam segala pengisian jawatan baru dan lama dan antara sebab utama adalah golongan yang bersara wajib. Maka seterusnya kedudukan mereka ini diisi oleh mereka yang lahir bermula pada 70an sehingga 80an. Manakala kumpulan pertengahan pula (lahir sekitar 60an) sedang memantapkan kedudukan masing-masing di peringkat yang lebih tinggi.

Sejajar dengan proses peralihan ini kita boleh hubungkaitkan dua perkara yang saya sentuh, iaitu proses peralihan kuasa diantara Golongan Muda dan Golongan Veteran dalam politik. Melihat secara serius, proses ini tidak berlaku secara 'sihat' dalam perjalanan politik negara kebelakangan ini. Malah diselitkan lagi dengan permainan kebencian yang disematkan dalam setiap penulisan yang tidak bertanggungjawab dari pihak pembangkang, menambahkan lagi kekeruhan sedia ada. Keseimbangan kuasa itu wujud apabila keputusan Pilihanraya diumumkan dengan Pembangkang menguasai undi popular sekaligus mencetuskan fenomena yang mengikat kuasa kerajaan persekutuan secara kesuluruhanya. Namun secara relevan, fenomena ini disifatkan sebagai tidak sihat apabila pembangkang tidak bertindak secara matang dalam memberikan penyelesaian yang khusus kepada masalah rakyat marhaen.

Perkara ini dirumitkan lagi dengan kewujudan hierarki yang diwarisi dalam perjalanan politik UMNO, sekaligus sedikit sebanyak telah memberikan kekangan kepada golongan professional yang lebih layak dan lebih relevan untuk mewarisi kepimpinan sedia ada. Percaturan yang dibuat hanya dengan satu pandangan, bahawa kepimpinan itu cuma layak diwarisi, bukan diberi atau diterima atas rasa tanggungjawab untuk menggalas tugas dalam memimpin rakyat. Malah ia dirumitkan lagi dengan percaturan di pihak berkecuali bahawa tidak ada apa yang bagus dari pembangkang mahupun kerajaan pemerintah sedia ada. Malah sikap pimpinan yang gemar mengekalkan mereka-mereka yang bermasalah dalam kepipimpinan ditempat masing-masing mahupun dalam jawatan yang diberikan kepada mereka membuatkan peratusan pengundi muda yang masih keliru memberikan 'kemenangan keliru' kepada golongan pembangkang. Perkara ini dianggap seperti barah oleh kumpulan 'Putih' yang sehingga kini bertungkus lumus untuk merawatnya dari merebak dalam kelompok masyarakat yang lebih besar.

Fenomena ini sedikit sebanyak memberikan kesan buruk kepada pembangunan kepimpinan dalam politik sesebuah negara. Malah, golongan muda yang yakin kepada perjuangan UMNO sebagai parti utama untuk orang melayu dilihat semakin memudar setiap hari. Ada diantaranya kecewa sehingga bertindak menjauhkan diri dari tanggungjawab sosial mereka dalam mendidik masyarakat yang memiliki taraf pemikiran yang rendah agar lebih memahami kepentingan perjalanan politik negara dengan cara lebih relevan untuk masa yang mendatang. Mereka bertidak untuk mendiamkan diri, malah lebih buruk, melarikan diri dari perjuangan asal yang disangka mampu membantu pergerakkan masa depan negara.

Kekecewaan ini sebenarnya memberikan impak buruk kepada perjalanan politik itu sendiri, sekaligus membunuh perjalanan sihat dalam mewariskan kepimpinan baru. Saya tertarik dengan isu Kroni yang dibangkitkan sesetengah orang dimana, kita dapat melihat, didikan kepimpinan hanya diberikan kepada mereka-mereka yang cuma tahu mengangguk dalam setiap hal dan perkara , dan ini menyebabkan kita kekurangan golongan ke empat iaitu mereka yang berfikir di luar kotak (Think Outside the Box). Kreativiti yang tidak wujud dalam sesebuah organisasi itu sebenarnya merupakan satu bentuk kepupusan daya berfikir dikalangan golongan muda dalam organisasi tersebut. Tidak ramai yang faham bahawa apabila memiliki kepimpinan yang ideal, ia datang sebagai tanggungjawab yang besar untuk mengemudi masyarakat menjadi lebih baik dihari yang mendatang, terutama masyarakat melayu yang masih banyak ketinggalan berbanding kaum cina di Malaysia.

Apabila sudut kepimpinan itu dipandang secara sempit hanya layak diwariskan kepada golongan-golongan tertentu sahaja, ia lebih merumitkan keadaan, perkara ini menyebabkan golongan-golongan muda merasakan diri mereka tidak diberi perhatian serius sekaligus diabaikan dalam pembangunan sosial sesebuah negara. Benar, kerajaan banyak mencetuskan idea dalam pembangunan belia, malah diwujudkan program-program yang mampu membentuk kepipimpinan belia dimasa-masa yang mendatang, namun hakikat sebenar, hampir 50 peratus golongan belia tidak mendapat manfaatnya serta terpinggir. Perkara ini sekadar hangat di peringkat atasan dan apabila mencecah ke peringkat bawahan perlaksanaan itu tidak dilaksanakan secara serius kerana mereka yang diberi tanggungjawab mengendalikanya mengambil sikap sambil lewa malah mengabaikanya. Peruntukan yang diberi diseleweng, malah lebih teruk, tidak sampai langsung kepada golongan sasaran.

Pendapat dan perdebatan yang berlangsung hampir setiap hari pula tidak pernah memberikan penjelasan yang spesifik kepada sesuatu isu yang diketengahkan. Malah golongan muda semakin muak dengan karenah birokrasi yang terlalu tinggi serta 'memilih bulu' dalam setiap perkara yang disalurkan kerajaan. Kerumitan ini sudahpun mencapai tahap buruk apabila survey yang dijalankan tidak langsung memihak kepada kerajaan pemerintah, mahupun pembangkang. Seterusnya mereka sendiri yang meminggirkan pergerakkan politik dalam menjadi buah catur dalam kehidupan mereka dan mencetuskan pergerakkan sendiri tanpa ada panduan yang baik dan kebanyakkanya gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Kepimpinan adalah sesuatu yang dibuat secara bersama, bukanlah dibuat atas arahan semata-mata , malah paksi Kepimpinan itu sendiri adalah keberkesanan sesuatu organisasi itu memberi input yang baik kepada mereka yang menjadi ahli-ahlinya. Efektifnya sesebuah organisasi itu adalah dengan melakukan perkara dengan betul bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi itu untuk kebaikkan kepada semua orang yang bernaung dibawahnya. Golongan 'Putih' pula terpaksa melalui saat sukar untuk berada di tempat mereka sekarang dalam menggalas tugas yang berat, yakni 'memalsukan' perkara bahawa organisasi yang dinaungi masih mengekalkan Visi dan Misi asal bagi memastikan Golongan Baru tidak meminggirkan diri selepas menyertainya.

Tanggungjawab itu mudah disebut, mudah dicanang tapi sejauh manakah kemampuan kita semua melaksanakanya. Sebagai contoh yang paling mudah, Najib Razak terpaksa memegang banyak portfolio dalam kerajaan dalam pembahagian dana termasuk tanggungjawab sosial kerana apabila beliau memberi arahan, perlaksanaan itu tidak sampai kepada golongan sasaran. Persoalan utama sekarang, tanggungjawab yang diberikan tidak dijalankan dengan baik, namun mereka ini masih memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan?

Jumpa lagi di bahagian kedua.

Sunday, 3 November 2013

People called November Baby , A true DIVA... Happy Birthday!

To All NOVEMBER BORN this is for you , most of us become famouse, doctors n high ranking idols , so the key word is achieve, achieve, achieve.... 

How talented and charming the November baby?

they are secretive. They have to, otherwise they are even more victimized, when in fact, they are very gentle and harmless. 

They are greatly misunderstood and therefore they are put to unnecessary trials: they only want to spend their energy helping people around.
They see through people, like with laser beams, and that bothers people a lot. That bothers them too: they suffer Cassandra's complex, warning people against danger, but not being listened to.

They are extremely loyal to their friends. They are rewarding to the utmost level.
They cannot stand injustice. But they are very grateful for the least kind gesture towards them.

They are sexy. Not their fault. That bothers people too. They can arrive in a room full of people, and there, they are attracting attention like with a magnet, even if they do not want to.

They are hard workers, honest in their work. They do not ask for favors. They provide their work punctually.
Yet, indeed, although they look like an open book, they are never really read by anyone, not even by themselves since a part of themselves remains in the domain of mystery, of the unknown, of the divine realm of darkness. They can call upon this divine energy when they feel threatened by injustice, and they do. They are SUPERB.

NOVEMBER BABY, invented the word REVENGE, please don't mess up with them, or you might get hurt physically and mentally.


All Time Key Words: DIVA

Strength Keywords: 
- Loyal 
- Passionate 
- Resourceful 
- Observant 
- Dynamic 


Weakness Keywords: 
- Jealous 
- Obsessive 
- Suspicious 
- Manipulative 
- Unyielding 


are fiercely independent. They are able to accomplish anything they put their mind to and they won't give up. They are perfectly suited to being on their own. They are not social butterflies like some other born and some actually prefer to live on their own that way there is never any issue of who controls what at home, they like to be in control. 

Relationships with them are always complicated, just like the person, their relationships are a series of extremes, they can even be downright moody for no apparent reason. Novembers Born are known for their possessiveness and jealousy but on the other hand, they are extremely loyal. have an excellent memory and combined with an inability to let things go, they can hold a grudge against someone who did them harm forever, in fact a Novembers Born rarely if never forgives and forgets. They will even go as far as get vengeance on the person. On the other hand, they will always remember a kind gesture forever and repay it. Any kind selfless gesture done to a Novembers Born  will gain trust and respect which is extremely important to them in any relationship, either romantic or not. The best advice is to be honest with a Novembers Born friend and in return, you will gain an amazing friend you will never forget and who will be loyal to you and never make false promises. Their truthful and shocking sense of humor if different than that of any other born and the Novembers Born makes an amazing, powerful interesting friend that can be trusted.

Novembers Born is the sign of extremes and intensity. Novembers Born are very deep, intense people, there is always more then meets the eye. They present a cool, detached and unemotional air to the world yet lying underneath is tremendous power, extreme strength, intense passion and a strong will and a persistent drive. Novembers Born have a very penetrative mind, do not be surprised if they ask questions, they are trying to delve deeper and figure things out and survey the situation. They always want to know why, where and any other possible detail they can possibly know. Novembers Born are very weary of the games that other people try to play and they are very aware of it. They tend to dominate and control anyone that lets them, or anyone that they find weak. The person that a Novembers Born respects and holds close to them is treated with amazing kindness, loyalty and generosity. On the outside, a Novembers Born  has great secretiveness and mystery. This magnetically draws people to them. They are known to be controlling and too ambitious but only because they need control for this makes them feel safe. 

Celebrities : Tina Turner, Jimi Hendrix, Aiswarya Rai, Shah Rukh Khan, Kevin Jonas, Roy Rogers, Bryan Adams, Emma Stone, Ethan Hawke, David Guetta, Rio Ferdinand, Chef Gordon Ramsey, Leonardo Dcaprio, Demi Moore, Anne Hathaway, Whopi Goldberg, Gerard Butler, Condolezza Rice, Paul Scholes, Siva Kaneswaran, Nani, Scarlett Johanseen, Miley Cyrus, Shakuntala Devi (World Greatest Mathematicians) and more u can find here November Famous People
Astronauts: Alan Shepard, Richard. H. Truly
President: Sun Yat-Sen, Yulia Tymoshenko, Hu Yaobang, Alfredo Stroessner, Moise Tshombe, Zachary Taylor, Jacques Chirac, Chaim Weizman, Warren Harding
Leaders: King Hussein 1, Indra Ghandi, Linda Tripp, Diane Watson


Thursday, 31 October 2013

Jawapan “Apa Lagi Cina Mahu?”



Lagu perkauman nyaring dimainkan oleh bangsa Cina dalam usaha untuk menghapuskan kekuasaan Tuan Tanah Melayu. Perancangan yang cukup rapi diatur oleh mereka untuk  menganiaya bangsa Melayu dan agama Islam.  Bangsa Melayu terlalu baik, lembut dan bertimbangrasa. Menyedari ini merupakan kelemahan utama bangsa Melayu maka mereka telah menyusun strategi untuk terus menggempur “Tuan Tanah Melayu” setelah operasi secara keras dan fizikal pengganas komunis mereka gagal.

Langkah pertama mereka adalah mengubah sejarah dengan menonjolkan pengganas komunis sebagai wira Negara.  Hanya bangsa Cina DAP sahaja yang mengangkat komunis yang merupakan pembunuh bangsa Melayu dan menzalimi bangsa Melayu sebagai “Wira” mereka.  Ini merupakan hakikat yang wajib semua rakyat Malaysia perhalusi dan fahami dengan mendalam.

Apabila Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957, buruh imigran iaitu bangsa Cina dan India yang telah dibawa oleh British untuk bekerja di lombong bijih timah dan estet ini diterima sebagai warganegara Malaysia melalui konsep jus soli dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Bahagian III-Kewarganegaraan; 3.1 Bab 1-Pemberian Kewarganegaraan; Artikel 14-22).

Pemberian kewarganegaraan ini ditimbalkan dengan penerimaan balas beberapa syarat utama yang meliputi hal ehwal berkaitan perlindungan dan penjagaan status dan hak bangsa Melayu sebagai PENDUDUK  ASAL.  Aturan timbal balas atau quid pro quo penerimaan syarat-syarat ini dikenali sebagai ‘kontrak sosial.’ Kontrak inilah yang dijadikan asas kepada pembentukan Perlembagaan Malaysia dan penubuhannya sebagai sebuah negara. Ini merupakan antara fakta sejarah yang cuba dipadamkan oleh Cina DAP.

Konsep ketuanan Melayu sering disalahfahami sebagai bermaksud orang Melayu adalah tuan kepada bangsa lain. Sebenarnya ia tidak sama sekali bermaksud demikian, kerana tiada kaum yang diperhambakan. Ia hanya bermaksud bahawa orang Melayu adalah tuan tanah, pemilik asal negeri ini yang perlu dihormati dan dikekalkan haknya. Ini tidak dapat diterima oleh bangsa Cina DAP. Adakah adil tindakan bangsa Cina ini? Atau adakah mereka telah lupa diri dan tidak mengenang budi. Adakah tindakan bangsa Melayu menerima bangsa Cina sebagai warganegara merupakan satu kesilapan yang amat besar seperti melepaskan ANJING TERSEPIT.

Maka  hak sama rata yang menganiaya bangsa Melayu telah  dijadikan alasan bagi masyarakat Cina menolak Barisan Nasional. Adakah  adil apabila  bangsa  Cina menuntut agar MCA diberikan suara yang setimpal dengan Umno dalam Barisan Nasional. Mereka  juga menuntut supaya pengaruh MCA boleh sama rata dengan pengaruh Umno atas dasar ‘equality’.  Strategi untuk menzalimi dan menganiaya bangsa Melayu merupakan agenda utama DAP.  Dengan prestasi yang cukup buruk MCA dan gerakan apabila 90% pengundi Cina memilih dan menyokong pembangkang di mana  kerusi-kerusi MCA pula telah  diperolehi atas ehsan undian Melayu, namun  MCA dan Gerakan masih terus mengasak untuk terus “dijulang” oleh UMNO.
Sebenarnya kita tahu bahawa pengaruh DAP telah lama menyusup ke dalam MCA dan GERAKAN.  Itu antara sebab utama mereka tidak “buat kerja” untuk Barisan Nasional. Namun dasar “tidak malu” yang menebal DAP di dalam MCA dan Gerakan telah mendorong untuk mereka terus bersuara dan menuntut “ala” DAP.  Hakikatnya ahli MCA dan Gerakan sendiri tidak menyokong Barisan Nasional dengan beragendakan menzalimi bangsa Melayu.  Maka kerajaan harus “take note” hakikat gunting dalam lipatan ini.

Sikap masyarakat Cina yang  tidak boleh ditegur  kerana terlalu angkuh dengan kuasa ekonomi yang mereka miliki telah mendorong mereka untuk bertindak melampaui batas kemanusiaan. Mereka telah melahirkan ekstrimis yang berani bertindak keras dan bengis semata-mata untuk menzalimi bangsa Melayu demi  kerakusan  kuasa mutlak  politik Itulah jawapan untuk “Apa lagi Cina mahu? - MYKMU