Sunday, 4 March 2012

"Awak , Jaga Diri Baik-Baik"

kisah sedih ini berlaku sekitar 5 tahun lepas, mengenai seorang wanita, dan dua orang lelaki yang disayangi, apa yang menarik, mereka berkenalan dalam satu ruang waktu yang berbeza, tapi sangat hampir sama perwatakkan masing-masing, si gadiz, bernama Kaisara, lelaki pertama bernama Izmi dan lelaki kedua bernama Tariq....

Kaisara mengenali keduanya di dalam laman sosial yang berbeza, dari mula berkenalan, mereka mula menggoda dan akhirnya jatuh cinta.... Sara sayang kedua-duanya.... hingga satu saat , apabila keduanya mahu masuk meminang Sara, Sara dah mula panik, ligat dia berfikir, bagaimana mahu menguji kedua-dua lelaki ini dengan ujian yang terbaik, agar dia tidak salah dalam memilih suami. Lalu, dalam satu pertemuan, Sara memperkenalkan keduanya. maka terperanjat besarlah masing-masing yang sudah menyimpan hasrat untuk mengahwini Sara.
Dalam pertemuan itu Sara sudah meletakkan dua syarat, dalam masa 2 bulan.... sebelum awak berdua datang meminang saya, saya hendak kamu berdua membuktikan cinta kamu berdua kepada saya.... , Buat Izmi, itu perkara mudah.... disediakan harta, kereta, rumah dan perhiasan mewah untuk Sara..... untuk di tunjukkan pada orang tua Sara bahawa dia mampu menjaga Sara seadanya.... tapi tidak bagi Tariq, dia cuma mempersiapkan kamar indah untuk bakal isteri, sekotak hadiah yang tidak diketahui isinya... dan dipersiapkan rumah teres setingkatnya kerana dia hanya bekerja sebagai seorg guru, tak setanding Izmi yang bekerja sebagai arkitek....

Sampailah hari yang dijanjikan, mereka bertiga berkumpul semula..... terang - terang di depan tariq, Sara bertindak memilih Izmi, kerana katanya, " bersama izmi saya yakin masa depan saya lebih terjamin!"  , maka kecewa lah tariq dalam usahanya memiliki Sara..... Dia sedar, harta dunia bukanlah segalanya, tapi dalam zaman serba 'kebendaan' ini, dia tak mampu menandingi Izmi sedangkan dia yakin dia mampu memberi Sara sesuap nasi. namun Tariq melihat mereka beredar dengan penuh senyuman.  Tak lama selepas itu, Sara dan Izmi di ijabkabul, secara besar-besaran, dan selepas itu tiba masa tuk membuka hadiah, Sara lantas terpandangkan sekotak hadiah berwarna merah hati lantas terus dibukanya.... dan sejurus selepas itu , Sara meraung dengan tidak semena-mena.... maka Izmi berlari mendapatkan Sara...... dia lantas mengambil kotak dan sepucuk surat yang masih dipegang Sara yang meraung-raung kesedihan....

dibacanya surat itu.....

"sayang,

  Maafkan abang kerana tak dapat memiliki mu, memberikan kemewahan dambaanmu, memberi kan kasih berdasar material sepertimana yang sayang inginkan.... ya... benar sayang, abang tak mampu... namun ada satu kebenaran yang perlu abang luahkan sebelum abang pergi jauh....

sayang,
ketahuilah sejak kita bertemu, abang mengimpikan bersama sayang hingga ke akhir hayat.... abang impikan sayang menjadi suri di hati abang, namun segalanya terhenti apabila abang ketahui sayang juga dimiliki oleh orang lain .... ya sayang... abang tahu... ruang laman sosial yang luas membuatkan kita mampu mengenal satu dunia, tapi mampukah kita mengenal seuruh dunia yang sebenar?? tidak kan?

sayang,
hari ni abang gembira sebenarnya bila sayang dah di ijabkabulkan dengan Izmi, atau nama manja dia di rumah , Jimmy....

ya sayang.... Izmi adik kandung abang....
bukan niat abang mahu merahsiakan, tapi bila abang lihat Izmi dah mula berkawan, add sayang dan berkasih dengan sayang... hati abang jadi sebak.... abang tak sampai hati .... untuk pengetahuan sayang, Izmi baru sembuh dari pembedahan hati beberapa tahun lalu.... sebahagian hatinya yang rosak , diganti separuh dari hati abang....  dan disitulah segalanya bermula....

abang tetap teruskan hubungan dengan sayang, dalam masa yang sama, abang merahsiakan hubungan abang dengan Izmi dari pengetahuan sayang, semuanya kerana mahukan sayang bahagia, walaupun Izmi berkeras dia boleh mengalah untuk abang... tapi sebagai abang yang tua, abang tak mampu nak kecewakan Izmi..... so i let the best man win....

Sayang,
disaat sayang memilih Izmi, abang cuma mampu tersenyum, kerana abang gembira, yang akhirnya , sayang buat pilihan tepat dalam hidup sayang dan gembira di samping orang yg sayang cintai dan hargai.... bermula keesokan harinya... abang dah mulakan langkah dengan memasukkan  seluruh harta peniggalan arwah ayah untuk jimmy , agar jimmy boleh mampu untk menikahi sayang dan memberikan kehidupan semewahnya kepada sayang.... agar sayang boleh gembira dan senyum secantik selalu.... itu semua perancangan abang dan izmi... malumlah, sebagai arkitek muda, izmi belum mampu memiliki hartanya sendiri sayang.....

sayang.... mungkin sayang tertanya dan ingin tahu kenapa abang buat begitu.....

sebenarnya sayang....

setelah pemindahan hati abang dan Izmi berjaya dilakukan, ada kesilapan yang berlaku dan menyebabkan kuman merebak ke dalam hati abang dan kini di dalam paru-paru..... semakin hari abang semakin lemah.... tapi abg gagahkan diri untuk sayang, masih ingat tak lagi cerita sayang tunggu abang dalam hujan lebat depan kilang?? masa tu abang baru lepas keluar wad, tapi abang gagahkan diri untuk sayang juga..... sebab apa? sebab hati dah sayang... kan sayang.... :) - dalam kebasahan, kita duduk atas motor kan sayang.... :) - indahnya saat itu :)

sayang, sememangnya pertemuan sayang dan Izmi sudah dirancang abang dan keluarga..... sebab, abang nak ada orang boleh jaga Izmi , satu-satunya waris tunggal keluarga abang... iaitu adik abang, kerana sayang yang lemah lembut dan manis, mampu menjaga izmi, dan abang yakin sayang boleh buat, dan buat Izmi pula, abang tak mahu sayang terlepas ke tangan orang yang salah, jadi abang mahukan Izmi menggantikan tempat abang.... dan menyayangi sayang untuk selamanya....

sayang
maafkan abang , Izmi dan keluarga kami sebab merahsiakan semua ini.... tapi fahamilah sayang, ini lah tanda cinta abang yang terakhir untuk sayang.... abang nak sayang hidup bahagia , sampai bila-bila.....

sayang,
dalam kotak ini abang sertakan sejadah dan telekung untuk hadiah perkahwinan sayang... agar sayang terus mengingati tuhan..... dan menyeimbangkan kehidupan dunia dan akhirat.... kalau boleh, abang tak mahu sayang terlalu asyik mengejar dunia dan kebendaan.... sebab abang nak sayang kumpul sebanyak-bnyak pahala, agar kita mampu bersama disana kelak.... walaupun bukan sebagai isteri, tapi sebagai adik ia sudah memadai.....
abang sertakan juga tasbih untuk sayang memuji ilahi..... agar bibir sayang lebih mekar dan cantik dibasahi kalimah allah yang agung dan suci...

sayang,
sekali lagi, maafkanlah abang untuk segala apa yang telah dirancang... tapi percayalah, Izmi mampu menjadi nakhoda yang baik untuk bersama sayang hingga ke akhir hayat....
juga ingatlah sayang..... sebahagian hati abang yang abang derma kepada izmi, masih berdenyut dan mengalirkan darah serta hidup dan terus sihat....... dan disitulah kasih sayang abang untuk sayang tersimpan rapi, dan menjadi juga sebahagian dari diri izmi...... sebahagian abang itu, masih terus hidup, untuk sayang......

sayang,
disaat sayang membaca surat ini, abang telah tiada lagi di dunia ini... maafkan abang kerana terpaksa merahsiakan semua ini..... memang abang tak mahu melihat walau setitis pun airmata sayang tatkala melihat abang menangung sakit..... abang akan lebih sakit nanti kalau lihat sayang menderita...... biarlah abang terus menikmati senyuman terakhir sayang saat kita bersama dahulu...... sebagai teman untuk abang tenag ke sana..... doa abang, agar sayang terus comel.... dan sentiasa gembira disamping orang-orang yang syg pilih ... jangan risaukan abang, insyallah.... jika ada rezeki... kita jumpa lagi sayang.....

jaga diri baik-baik

dari seseorang yang sangat menyintaimu,


Tariq...."

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

pengajaran - don't misjudge!!!


No comments: