Thursday, 21 June 2012

Azrinaz Mazhar Hakim kembali ke dunia hiburan.


 Isteri Sultan Brunei Kembali Ke Dunia Pengacara

by HARIAN METRO on 23 MAY, 2012
 
Bekas Isteri Sultan Brunei Kembali Ke Dunia Pengacara! Berita dari kosmo mengatakan bekas isteri Sultan Brunei, Azrinaz Mazhar Hakim, 33, akan menjadi juri jemputan program realiti mencari pengacara On Air di Astro Ria pada pukul 10 malam esok.
Program ini merupakan kemunculan pertama Azrinaz ditelevisyen selepas berhenti menjadi pengacara TV3 pada bulan Mei 2005.
Bekas Isteri Sultan Brunei
“Azrinaz menerima pelawaan kami untuk muncul sebagai juri jemputan episod pertama program On Air pada Khamis ini.
“Selain menjadi juri jemputan, Azrinaz juga akan menjadi salah seorang tenaga pengajar untuk cabaran stand upper (melaporkan secara langsung dari lokasi),”
Pengurus Program Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, Azrinaz bakal muncul sebagai juri jemputan dan menjadi salah seorang tenaga pengajar bagi program hiburan tersebut.

No comments: