Tuesday, 19 June 2012

Nota Makroekonomi: soalan ramalan esei MakroEkonomi , Peperiksaan Akhir


Nota Bahagian A : Pengangguran Siswazah

PENGANGGURAN SISWAZAHDisediakan oleh: Normah Bte Bolhassan
SMK AGAMA SIBU, SARAWAK

PENGENALAN
Sejak kebelakangan ini, jumlah siswazah
menganggur semakin meningkat di negara ini. Masalah ini haruslah dibendung segera sebelum menjadi dilema yang semakin serius.

FAKTOR
i) Kegawatan ekonomi meningkatkan pengangguran siswazah.· Kegawatan ekonomi yang melanda pada tahun 1997 menjejaskan hampir kesemua kegiatan ekonomi negara kita.
· Pengenalan operasi dan produk serta penutupan kilang dan syarikat menyekat peluang pekerjaan untuk para graduan.
· Banyak syarikat diambil alih dan dimodali semula menyebabkan pekerjanya dihentikan atau dibuang kerja.


ii) Masalah kerelevanan kursus yang diikuti di universiti· Kebanyakan kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti tidak sesuai mengikut kehendak pasaran kerja.
· Syarikat memerlukan latihan yang dapat diamalkan dan bukan terlalu berorientasikan teori semata-mata.
· Graduan untuk bidang sastera terlalu ramai berbanding bidang yang diperlukan seperti bidang sains, teknologi ,kejuruteraan dan perubatan.


iii) Terlalu Ramai graduan yang dihasilkan setiap tahun
· Universiti tempatan dan institusi pengajian tinggi swasta mementingkan kuantiti berbanding kualiti. Contohnya, tidak kurang 150000 graduan dilahirkan setiap tahun.
· Pengeluaran graduan melebihi permintaan dari segi pekerjaan.


iv) Masalah sikap graduan yang terlalu memilih kerja

· Sikap graduan yang terlalu memilih merupakan punca utama ramai graduan masih menganggur .
· Kebanyakan graduan memilih dan mengharapkan pekerjaan kolar putih yang menawarkan pendapatan tinggi.
· Ada juga graduan yang masih mengamalkan paradigma lama, iaitu hanya mahu makan gaji dan tidak mahu berdikari
USAHA MENGATASI / MENGURANGKAN
i ) Mengkaji semula penawaran kursus di universiti· Sukatan pelajaran kursus universiti dikaji dari semasa ke semasa.
· Kursus yang ditawarkan mestilah diselaraskan dengan keperluan pasaran kerja.
· Penekanan haruslah diberikan kepada kemahiran dan amali supaya kursus universiti menjadi lebih praktikal.

ii ) Mengubah sikap graduan· Sikap memilih pekerjaan haruslah dikikis.
· Menceburi bidang mengikut permintaan pasaran pekerjaan.
· Mengikuti latihan semula siswazah dalam pelbagai kemahiran seperti kemahiran berbahasa, latihan pengurusan dan sebagainya untuk memenuhi kehendak pasaran kerja.
· Mengubah amalan paradigma lama, iaitu mahu sanggup berdikari dalam menjalankan pekerjaan.


KESAN PENGANGGURAN
Pengangguran yang berlaku dalam sesebuah negara akan menimbulkan kesan kepada ekonomi dan sosial.

Kesan pengangguran terhadap ekonomi:
i.) Mengurangkan keluaran negara. Apabila terdapat ramainya tenaga buruh yang menganggur, maka pengeluaran dari beberapa sektor ekonomi akan berkurangan dan akibatnya keluaran negara bagi negara berkenaan akan berkurangan.

ii.) Menurunkan taraf hidup. Taraf hidup penduduk di sesebuah negara diukur dengan menggunakan pendapatan per kapita. Apabila terdapatnya ramai tenaga buruh yang menganggur, maka keluaran negara kasar akan berkurangan dan seterusnya akan mengurangkan pendapatan per kapita. Apabila pendapatan per kapita rendah, maka taraf hidup penduduk juga akan rendah.

iii.) Mengurangkan pendapatan negara. Apabila kadar pengangguran adalah tinggi, maka pendapatan atau keuntungan pengusaha akan berkurangan. Ini akan mengurangkan jumlah cukai pendapatan dan cukai keuntungan syarikat yang dapat dipungut oleh kerajaan dan seterusnya akan mengurangkan pendapatan negara.

iv). Melambatkan proses pembangunan negara. Apabila pendapatan negara berkurangan, maka kerajaan tidak dapat menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur yang perlu untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Perbelanjaan tersebut terpaksa dikurangkan dan akan melambatkan proses pembangunan negara.

v). Menambahkan kadar kemiskinan. Pengangguran yang tinggi kadarnya akan meningkatkan kadar kemiskinan dalam negara. Kerajaan terpaksa merancang beberapa program untuk mengatasi masalah kemiskinan. Ini akan menjejaskan usaha kerajaan untuk memajukan negara.

Kesan pengangguran terhadap sosiali.) Mewujudkan keadaan tidak tenteram dalam keluarga. Apabila berlaku pengangguran, keadaan rumah tangga berada dalam keadaan tidak tenteram kerana akan berlaku pergaduhan dan pertengkaran dan akhirnyanmembawa kepada penceraian.

ii ). Peningkatan kejadian anti sosial dalam masyarakat. Akibat dari masalah kewangan yang dihadapi oleh pengangguran, maka mereka sanggup melakukan rompakan, pembunuhan dan lain-lain kegiatan anti sosial untuk mendapatkan wang.

iii.) Masalah tekanan jiwa dan tiada keyakinan diri penganggur yang telah lama menganggur akan mengalami masalah tekanan jiwa yang hebat dalam kehidupannya. Ia akan sentiasa berfikir bagaimana tanggungjawabnya terhadap keluarga dapat disempurnakan dalam keadaan ia sedang menganggur.

KESIMPULAN· Kesemua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah pengangguran di kalangan siswazah.Tabungan Usahawan Siswazah haruslah ditubuhkan untuk melatih semula dam memberi khidmat nasihat termasuk pinjaman bagi membolehkan para siswazah memulakan perniagaan dan mengisi kekosongan mengikut pasaran pekerjaan.






jom bincang isu pengangguran siswazah..sebab, kesan dan cara mengatasinya

dlm article di portal dan SV banyak disebut antara sebab utama pengangguran siswazah adalah; 
1.sistem pendidikan di Malaysia yg melahirkan graduan kurang berdaya saing iaitu tidak mampu berfikiran secara kreatif dan inovatif dalam menghadapi alam pekerjaan 

2. kelemahan dalam berkomunikasi terutama sekali penguasaan bahasa inggeris

yang ni ambil dari article yg Lenny Marlina bg; 
3. Sikap graduan itu sendiri yg terlalu memilih kerja iaitu hanya mencari pekerjaan yg sepadan dengan kelulusan dan hanya mengharapkan pekerjaan makan gaji sahaja, kurang minat untuk memulakan perniagaan sendiri..

4. faktor situasi ekonomi seperti kegawatan ekonomi, menyebabkan pengangguran meningkat..banyak perusahaan mengalami kerugian menyebabkan kilang2 trpaksa ditutup dan pekerja hilang punca pendapatan...

kesan pengangguran siswazah; boleh dibahagi kpd 2 iaitu kesan pengangguran trhadap ekonomi dan kesan pengangguran trhadap sosial

terhadap ekonomi; 
1. Taraf hidup penduduk jatuh kerana negara tidak mencapai guna tenaga penuh (pengangguran <4% tenaga buruh)..bila negara tidak mencapai guna tenaga penuh, berlaku pembaziran faktor2 pengeluaran negara dan jenis serta kuantiti produk dan perkhidmatan yg dinikmati rakyat akan berkurangan.. 
2. Pendapatan negara akan berkurangan..ini berlaku kerana apabila pengangguran berlaku, maka punca pendapatan isi rumah akan berkurangan, maka perbelanjaan isi rumah juga berkurangan..firma akan mengalami kerugian kerana produk dan perkhidmatan disediakan tidak dapat dijual maka firma akan kurangkan output, maka kegiatan ekonomi semakin menguncup 
3. Pembangunan ekonomi negara semakin terjejas ekoran hasil kutipan kerajaan yg semakin berkurangan kerana pendapatan dan keuntungan firma semakin jatuh...akhirnya 
4. pembangunan negara akan terbantut

kesan terhadap sosial; 
1. timbul masalah kekeluargaan akibat kesempitan hidup kerana tiada pekerjaan..individu bergantung kpd tabungan masa lalu atau meminjam dari sanak-saudara utk menyara hidup..kesempitan hidup juga akan menyebabkan berlakunya ketegangan dalam keluarga...
2. ketidakstabilan politik dan sosial..apabila pengangguran meningkat, maka kadar kemiskinan juga akan meningkat..kegagalan kerajaan utk membasmi kemiskinan yg semakin menular dan mengatasi masalah pengangguran akan menyebabkan ketidakpuashatian rakyat...selain itu, kesukaran hidup akan memaksa individu melakukan jenayah yg mengancam ketenteraman sosial..
3. kesan terhadap penganggur itu sendiri, iaitu hilang kemahiran apabila terlalu lama menganggur. di samping itu, hilang keyakinan diri kerana tidak berjaya mencari pekerjaan..akhirnya membawa kepada tekanan jiwa

cara2 mengatasi pengangguran di kalangan graduan; 
1. memberi latihan kemahiran dan latihan semula bagi mempersiapkan graduan dengan kemahiran tambahan dalam menghadapi alam pekerjaan, sbg contoh langkah kerajaan memperkenalkan Skim Latihan 1Malaysia pada 1 Jun 2011..melalui Skim tersebut, para graduan akan menjalani program 'internship' dengan GLC (GLC dalam bahasa melayu apa ye?)selama 1 tahun kemudian diberi pilihan samada ingin meneruskan pekerjaan di syarikat tersebut atau mencari pekerjaan lain. Objektif utama skim ini adalah untuk meningkatkan kebolehpasaran dan keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan. 
2. Mewujudkan peluang pekerjaan..ini boleh dilaksanakan oleh kerajaan dengan menambah perbelanjaan agregat serta mengurangkan cukai akan merangsang kegiatan ekonomi..firma akan meningkatkan pengeluaran begitu juga pelaburan asing akan meningkat menyebabkan wujudnya banyak peluang pekerjaan. 
3. Sikap graduan perlu diubah agar tidak terlalu memilih kerja..


No comments: