Friday, 31 August 2012

Sang Saka Malaya BUKAN Bendera Asal Tanah Melayu.

Semalam, 30/Ogos/2012, Sambutan Kemerdekaan Negara dicemari dengan insiden 'Janji Bersedih' yang dicetuskan beberapa puak pelampau dalam Pakatan Rakyat. Bersama Himpunan ini mereka telah terlibat dengan satu Insiden yang cuba menukar bendera Malaysia beserta dakwaan bahawa ia adalah bendera asal Tanah Melayu. Saya cuba untuk google mengenai perkara ini malangnya, tiada satu pun , dalam carian saya mempunyai bukti kukuh bahawa ia adalah bendera asal TM .

Segalanya bermula apabila perhimpunan  'Janji Bersedih' yang tidak mendapat kelulusan POLIS dan DBKL dengan alasan bahawa Dataran Merdeka hendak di siapkan dengan perarakan Raptai Hari Kebangsaan pada keesokkan harinya, nyata sekali tidak dipedulikan oleh mereka yang masih berdegil untuk meneruskan perhimpunan dengan menyebarkan jemputan dari Facebook seperti yang dibawah.



Kemudianya apabila berkumpul, syarat mematuhi perhimpunan aman tidak langsung di endahkan dengan tersebarnya beberapa gambar di Laman Sosial milik pembangkang dengan beberapa orang membawa bendera baru yang cuba diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat sebagai bendera Malaysia yang baru. Tindakkan Biadap ini sekaligus menerangkan pada semua, bahawa dasar Pakatan tidak pernah sekalipun menghormati Malaysia sejak Merdeka,


hal ini terus diperkukuhkan lagi dengan beberapa dakwaan dari pihak tertentu yang cuba mengaitkan bendera mirip singapura dan indonesia adalah BENDERA ASAL tANAH MELAYU.... ia nyata sekali satu PEMBOHONGAN BESAR yang disebarkan oleh blog2 pakatan rakyat untuk mengelirukan rakyat. Saya ambik contoh dari laman Facebook milik salah seorang kawan , dan melihat bagaimana dengan secara yakinnya pemuda ini mengeluarkan kenyataan bahawa sang sakai malaya pakatan rakyat ini adalah bendera asal Malaysia. 


Dengan jelas daan terang mereka yakin mereka telah Educate Melayu yg kononya BUTA SEJARAH.

pada asalnya saya juga hampir mempercayainya sehingga saya membaca Info Klik di lawan web yg dikendalikan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mengenai Sejarah awal Bendera Tanah Melayu. dan perkara ini telahpun saya sebarkan di Laman Sosial Milik saya kemudianya. 


saya telah sertakan sekali link mengenai sejarah bendera asal tanah melayu di link ini Maklumat Kenegaraan, Sejarah Bendera Malaysia

Termaasuk penjelasan seorang rakan yang menggelarkan dirinya 'Tunku Abdul Rahman' dengan update info sebenar tentang bendera malaysia di link ini


Nyata sekali, Pembohongan demi pembohongan yang disebarkan puak Pakatan Rakyat dengan cuba mengubah sejarah negara dalam bentuk PEMBOHONGAN TERANCANG, dapat kita saksikan melalui insiden ini. Bukti jelas PR mempunyai agenda tersembunyi di sebalik semua perkara yang berkait dengan diri mereka, pada rakan yang bijak pandai di luar sana, sila lihat dan tenung dengan jelas... apakah ini yang anda mahukan demi masa depan malaysia?? Fikir banyak kali!! 

untuk membuktikan gambar bendera itu bukan di edit oleh UMNO dan mengelakkan fitnah terhadap UMNO, saya sertakan sekali gambar risalah kemerdekaan PR yang disebar pada malam Merdeka. 



FIKIRLAH SEDALAMNYA, MENGAPA MEREKA MAHU MENGUBAH SEGALANYA DENGAN DRASTIK DAN SECARA TIBA-TIBA. KENANGKAN KEMBALI KESUSAHAN KITA DALAM MENCAPAI KEMERDEKAAN SATU MASA DULU. FIKIRKAN JUGA PERKAITANYA DENGAN ANASIR DARI LUAR. INIKAH MASA DEPAN MALAYSIA YANG ANDA MAHUKAN???


No comments: