Friday, 14 September 2012

Kedai-Kedai yang terlibat dalam penawaran Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia.

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia: Berita baik untuk pelajar Degree PJJ (Out Campus), Masters dan PHD (Doktor Falsafah). Sebentar tadi saya dimaklumkan salah seorang wakil dari Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan bahawa , semua pelajar yang tem
poh belajarnya melebihi 1 tahun ke atas akan menerima kad diskaun siswa yang akan diedarkan oleh pihak Universiti masing-masing dan sebahagianya melalui Bank Rakyat (siapa yang berdaftar dengan bank rakyat melalui pinjaman pelajaran) 


1. Semua pelajar mula excited dengan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) yang diperkenalkan oleh kerajaan baru-baru ini, namun adakah anda tahu di kedai mana yang anda boleh gunakan KDS1M ini..

2. Seperti yang dilaporkan dalam entri sebelum ini , terdapat 51 syarikat yang bersetuju memberi diskaun melalui KDS1M ini. Berikut aku senaraikan kedai-kedai yang mengambil bahagian mengikut kategori.

  • Buku & Alatan Tulis
  1.  MPH Bookstores
  2.  Imlaq Book Centre
  3.  BORDERS
  4.  RONA
  5.  Kiang Trading
  6.  Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad
  7.  Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
  8.  Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad

  • Kelengkapan Sukan/ Peralatan / Pakaian
  1. Bata
  2. iFamily
  3. Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad 
  4. Texline Lino

  • Klinik / Optometri / Cermin Mata
  1. Poliklinik An-Nisa'
  2. Qualitas Health
  3. Focus Point
  4. Menara Optometry

  • Makanan Dan Minuman
  1. KFC
  2. Daily Fresh
  3. A&W
  4. Coffee Berry
  5. The Chicken Rice Shop
  6. Restoran Kenny Crab
  7. Sweet Chat
  8. Legend's Claypot Bariyani House
  9. Dubu Dubu Seoul Food
  10. My Java Coffee
  11. Pancake House International
  12. Station One Cafe
  13. Gloria Jean's Coffee
  14. Bangi Kopitiam

  • Hotel dan Penginapan
  1. Ancasa Hotels & Resorts
  2. Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
  3. Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
  4. Jerejak Rainforest Resort Penang
  5. Ancasa Express Pudu
  6. Tune Hotel
  7. Leo Express Hotel
  8. Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
  9. Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad
  10. Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
  11. Koperadi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
  12. Rakyat Travel SDN BHD

  • Saloon/ Produk dan Pusat Kecantikan
  1. Foot Master
  2. Paris Hill
  3. Proactiv
  4. Clara
  5. Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad

  • Produk IT
  1. Koperasi Celcom Berhad
  2. Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad

  • Lain-Lain
  1. BKZ Bikerz (Motosikal)
  2. Roller Star Arena (Kasut Roda)
  3. Double Site (Helmet / Aksesori Motor)
  4. Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
  5. Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
  6. MYDIN

3. Oleh itu macam mana, masih excited atau dah kurang excited - nya, bagi aku sendiri mungkin kurang sikit, sebab aku selalu berbelanja di Giant dan Tesco (ini yang terdekat lah).

4.  Mungkin yang boleh mengembirakan aku adalah dengan tersenarainya KFC , MYDIN dan MPH disitu selain Daily Fresh dan BATA..

5. Apa pun kita jangan condem dulu usaha ini, kerana ini baru permulaan dan siapa tahu mungkin pengusaha-pengusaha lain akan menyusul di masa akan datang apabila melihat kedai-kedai yang sertai usaha ini dapat menarik para pelajar..

6. Untuk maklumat lebih lanjut lawati 1pengguna.com .. 


KETERANGAN SEDIKIT: 


Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia KDS1M

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M). Pelancaran kad KDS1M itu adalah idea mahasiswa sendiri menerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).

Kelebihan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia KDS1M
1. Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan.
2. Membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
3. Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (kds1m) juga akan diberi kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah.

INFO MAKLUMAT KAD DISKAUN 1MALAYSIA (KDS1M)
1. Bagi mendapatkan diskaun pembelian, pelajar hanya perlu menunjukkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) bersama kad pengenalan sahaja.
2. KDS1M diberi secara percuma dan diskaun kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang
yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.
3. Kad diskaun ini akan diedarkan kepada pelajar pada September 2012.

PERMOHONAN & SYARAT KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA KDS1M
1. Tidak banyak syarat dan tidak perlu cara membuat permohonan kerana secara automatik maklumat pelajar disalurkan IPT kepada kementerian dan Bank Rakyat.
2. Kad diskaun siswa 1malaysia ini akan diedarkan melalui ipt masing-masing.


SALAM ASPIRASI MAHASISWA BERSATU

dengan USM - Kami Memimpin


No comments: