Wednesday, 13 February 2013

Ingatan/Panduan untuk Pemohon BR1M 2.0



Buat semua pemohon BR1M 2.0.

Tidak ada senarai nama yang akan diterbitkan di laman online atau website kerana faktor-faktor keselamatan.

Adalah dimaklumkan bahawa, setiap penerima akan menerima surat yang menandakan bahawa PEMOHONAN anda sudah DILULUSKAN. dan dikepilkan sekali No Kaunter dan No Siri Penerima Bantuan. Manakala satu lagi, berbentuk surat jemputan yang menyatakan tarikh, tempat dan masa dimana bantuan akan diberi, anda akan diminta utk hadir menerima bantuan di sana.

Kepada yang masih belum menerima surat diharap bersabar kerana kita baru bermula dengan pemberian fasa 1 sahaja. fasa 2 akan menyusul, bergantung pada tempat dan kawasan masing2.

Nombor Hotline BR1M juga boleh dihubungi bagi pertanyaan lanjut - 1 800 222 500 dan 1 300 883 010.


Semakan Keputusan BR1M 2.0 Melalui Talian Hotline?

  • Anda sendiri sebagai pemohon juga boleh semak status permohonan BRIM 2.o anda dengan cara menelefon talian hotline1-800-222-500 (Pusat Khidmat Barisan Nasional) @ 03 7713 6666(Lembaga Hasil Dalam Negeri – LHDN)
  • Ataupun anda boleh hantarkan pertanyaan terus melalui emel ini di belanjawan2013@treasury.gov.my bagi mendapatkan maklumbalas yang selanjutnya
  • Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja

2 comments:

Aien said...

saya ada mslh... sy hny dpt surat kelulusan tp xdisertakan surat jemputan iaitu lokasi mengambil.. mcm ne ni :(

Ratu Laut Selatan said...

boleh messg saya di FB tak aien... nanti saya bagi no nya