Monday, 11 February 2013

Thomas Hobbes: Sebab Kewujudan Negara dan Idea Pemerintahanya.




FALSAFAH POLITIK MENURUT PANDANGAN THOMAS HOBBES. 

Teori negara menurut pandangan Hobbes dilihat sebagai satu bentuk teori tradisional yang menekankan tentang betapa besarnya tanggungjawab rakyat kepada negaranya. Dalam karyanya Leviathan, Hobbes banyak menerangkan tentang konsep negara yang patut diamalkan untuk manusia memperolehi kententeraman dan keamanan. Bagi Hobbes negara haruslah berkuasa mutlak dan ditakuti oleh rakyat yang bernaung dibawahnya, hanya dengan cara tersebut sahajalah barulah mereka beroleh kententeraman dan keamanan yang mutlak. Hobbes juga berpendapat, manusia tidak mempunyai sifat sosial. Baginya sikap semula jadi manusia yang cenderung dalam mempertahankan diri dan mencurigai serta cemburu adalah sesuatu yang lumrah. Dalam hal ini ia akan memulakan sengketa hingga membawa kepada kewujudan perang. Dimana manusia bertindak menguasai diantara satu manusia dengan satu manusia lain. Dalam cara ini menurut Hobbes sebuah negara akan terbentuk. Namun Hobbes juga berpendapat seandainya perang berlarutan, ia akan menjejaskan sistem kehidupan manusia itu sendiri, bagi beliau, perdamaian perlu dimeterai menerusi perjanjian dan perbincangan agar sebuah negara dapat dibentuk dengan lebih baik. Baginya Negara itu wujud akibat satu perjanjian sesame manusia yang pada mulanya wujud dalam keadaan semula jadi hidup tanpa satu organisasi berstuktur. Beliau juga bertegas bahawa negara itu lahir dari Teori Kontrak Sosial atau dalam erti kata lain satu persetujuan atau perjanjian sosial dalam kewujudan atau kelahiran negara.
Hobbes juga menyatakan bahawa setiap negara yang telah mempunyai pemerintah harus menekankan rasa takut pada kematian kepada setiap rakyatnya agar mereka boleh terus kekal berdisiplin dan taat pada pemerintah. Dalam karyanya ‘Leviathan’ Hobbes menekankan tentang 4 teori negara yang dibayangkanya. Pertama, Manusia. Kedua pula ialah Kerajaan atau Commonwealth. Bahagian ketiga sebagai Commonwealth Christian dan yang keempat diberi nama The Kingdom of Darkness. Hobbes telah menaruh sepenuh kepercayaan kepada sistem monarki. Ianya disebabkan kerana tercetusnya perang saudara di England pada zamanya. Bagi Hobbes peperangan itu tercetus kerana kurangnya penguasaan raja dan sistem pemerintahan yang tidak begitu kukuh ketika itu. Bagi beliau semua itu tidak akan timbul sekiranya raja itu sendiri mempunyai pegangan yang kuat ke atas takhtanya. 

MORE ABOUT HOBBES : Wikipedia Thomas Hobbes.

No comments: