Monday, 12 May 2014

Pandangan tepat Veteran UMNO yg perlu diselami.

Veteran UMNO, Tan Sri Aziz Tapa, 87, berkata pemimpin dan ahli di akar umbi harus sepakat melaksanakan transformasi yang bersifat menyeluruh ke arah memastikan parti kekal relevan.

“Kudrat dan bakat pemimpin muda yang semakin menonjol dalam UMNO perlu digilap dengan mengetengahkan golongan itu untuk mewakili kerangka utama parti.

“UMNO perlu tegas dengan pendirian dan berani berubah jika ditegur ahli atau rakyat.

“Kepemimpinan tertinggi parti dan ahli juga perlu mewujudkan elemen untuk melestarikan UMNO supaya seiring dengan peredaran masa,”

Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Zaleha Ismail, 78, berkata:

“Manusia lazimnya kurang cergas dan banyak berehat apabila usia mencecah 68 tahun, namun bukan UMNO.

“Seluruh jentera parti perlu terus bekerjasama menyuburkan perjuangan parti.

“Selagi nadi berdenyut, jangan kita lupa bahawa ketuanan Melayu, kesucian Islam dan kedaulatan negara adalah tiang seri UMNO yang perlu dipertahankan walaupun hebat dikecam musuh,”

Selamat Ulang Tahun ke 68 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu!

No comments: